Berapa Kos Di Perlukan Untuk Beli Rumah?

Berapa Kos Di Perlukan Untuk Beli Rumah?

 

kos membeli rumah

Assalamualaikum.

Sebelum ni saya pernah cerita yang tahun 2017 adalah tahun yang bagus untuk belli rumah. Boleh baca di sini : Elok Ke Nak Beli Rumah Tahun 2017 ni? . Tapi Berapa Kos Di Perlukan Untuk Beli Rumah?

Okay. Sebelum kita pergi lanjut, di Malaysia ada 3 jenis rumah yang boleh dibeli iaitu rumah lelong, rumah subsale (second hand) dan rumah undercon (yang baru dari pemaju). Untuk aspek ni kita cerita je dulu pasal cara pembelian biasa iaitu rumah subsale.

Bila kita beli rumah subsale, ada beberapa perkara yang ada dalam pembayaran. Biasa nya jadi satu amalan asas yang kita siapkan 10-15% deposit untuk pembayaran.

Deposit

Overall deposit adalah 10%. Ini bermaksud kalau rumah tu berharga RM500,000, anda perlu sediakan 10% iaitu sebanyak RM 50,000. Deposit ini nanti dipecah dua. 3% akan di bayar sebagai cengkeram/earnest deposit sewaktu pembeli menandatangani borang Offer to Purchase. Baki 7% di bayar ketika Perjanjian Jual Beli (S&P) ditandatangani.

Tapi, pembeli boleh mengeluarkan wang dari KWSP untuk membayar sebahagian deposit tersebut.

KOS DEPOSIT : RM50,000

Yuran Guaman

kos guaman beli rumah

kos guaman beli rumah

Ok. Jumlah ini pun agak besar. Yuran guaman ini ada 2 bahagian. Satu untuk Perjanjian Jual Beli (SPA) dan satu lagi untuk Perjanjian Pinjaman.

OK. katalah ikut kiraan di atas, bagi rumah berharga RM500,000, yuran guaman untuk Perjanjian Jual Beli adalah :

Yuran guaman SPA untuk RM 150, 000 yang pertama             = RM 150,000 x 1%      = RM 1500

Yuran guaman SPA untuk RM 350, 000 yang berikutnya        = RM 350, 000 x 0.7%  = RM 2450

Jumlah yuran guaman SPA                                                             = RM 3950

Untuk Perjanjian Pinjaman pula, ia nya adalah pada berapa peratus pinjaman dibuat .Katalah 90% pinjaman dari harga rumah(RM500,000) , maka pinjaman adalah RM450,000.

Yuran guaman pinjaman untuk RM 150, 000 yang pertama       = RM 150,000 x 1%      = RM 1500

Yuran guaman pinjaman untuk RM 350, 000 yang berikutnya   = RM 300, 000 x 0.7%  = RM 2100

Jumlah yuran guaman perjanjian pinjaman                                   = RM 3600

Jadi untuk kedua-dua

KOS YURAN GUAMAN : RM 3950 + RM3600 = RM 7550

Duti Setem

duti setem

Kos duti setem ni adalah kos yang dikenakan untuk perjanjian beli rumah dan perjanjian pinjaman. Sebab ada dua dokumen iaitu perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman, maka ada dua juga lah duti setem dikenakan.

 

Untuk perjanjian jual beli , kiraannya sebegini untuk nilai hartanah RM500,000 dan pinjaman 90% (RM450,000)

Duti setem bagi RM 100, 000 yang pertama               = RM 100,000 * 1%      = RM 1000

Duti setem bagi RM 400, 000 yang berikutnya           = RM 400, 000 * 2%      = RM 8000

Jumlah duti setem                                                           = RM 1000 + RM 9000  = RM 9000

Untuk perjanjian pinjaman pula, apa sahaja jumlah nya dikenakan hanya 0.5% dari nilai tersebut. Untuk nilai hartanah RM500,000 dan pinjaman 90% (RM450,000), kiraannya sebegini:

Jumlah duti setem  = RM 450, 000 * 0.5% = RM 2250

Kerajaan dalam bajet terbaru juga memberikan rebate kepada duti setem ini. Boleh tanyakan peguam untuk lebih lanjut.

KOS DUTI SETEM : RM 11,250* 

(* : ada diskaun oleh kerajaan. Boleh rujuk dengan peguam anda)

 

Yuran Penilaian (Valuer)

yuran penilaian rumah (valuer)

yuran penilaian rumah (valuer)

Yuran penilaian pula antara kos yang kecil sedikit. Penilai ini dilantik bank untuk menilai hartanah secara formal.

Lagi sekali kita ambil kos untuk rumah berharga RM 500,000.

Yuran penilaian untuk RM 100, 000 yang pertama          = RM 100,000 * 0.25%   = RM 250

Yuran penilaian untuk RM 400, 000 yang seterusnya      = RM 400, 000 * 0.2%     = RM 800

Jumlah yuran penilaian                                                          = RM 250 + RM 800      = RM 1050

KOS YURAN PENILAI : RM 1050

Kos-kos lain berkaitan.

Ada beberapa kos lain juga. Ada yang boleh diserap dalam loan, sebagai contoh, bayaran insuran/takaful. Kos untuk deposit meter elektrik dan air juga turut terlibat. Tapi kita jangan cerita itu dulu.


Untuk rumah berharga RM500,000 ini berapa semua kos awalan?

 

Deposit : RM50,000

Yuran Guaman : RM 7550

Duti Setem : RM 11,250

Yuran Penilai : RM1050

Keseluruhan : RM 69,850


Fuhhh.. pening kepala kan? Jadi bersedialah dari segi financially untuk membeli rumah. Tetapi jangan risau, untuk deposit anda boleh guna KWSP, untuk yuran guaman S&P maybe anda boleh discuss dengan lawyer sedikit, dan duti setem pula anda boleh dapatkan rebate yang banyak dari kerajaan.

 

TAPI…. ada penyelesaian lain.

Especially untuk pembeli rumah pertama. Kita boleh dapatkan pinjaman 100% untuk pembeli dan juga boleh bantu supaya loan guaman juga dapat di uruskan. Jika bukan pembeli rumah pertama juga boleh cuba untuk dapatkan.

Macam mana?

Anda perlu ada pendapatan tetap yang cukup. Macam mana pun anda perlu ada duit juga untuk membayar kos earnest deposit iaitu 3% dari kos rumah. Nanti bila loan disburse anda akan dapat semula duit ini. Selain itu anda perlu sediakan juga yuran penilai.

Saya pula akan dapatkan rumah yang sesuai dengan anda dan sesuai dengan bajet anda. Jadi kalau ikut cara ni , anda actually tak keluar duit sangat pun untuk beli rumah.

Kalau berminat, boleh lah klik link kat bawah ni dan daftar.

BELI RUMAH TAHUN 2017

About the Author: tajulrijalannuar89

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *