Nak Jual Rumah Sendiri Tak Nak Pakai Ejen? Ini Caranya!

Nak Jual Rumah Sendiri Tak Nak Pakai Ejen? Ini Caranya!

house-for-sale-by-owner-fsbo

 

 

Rata-rata ramai sedar nak jual rumah biasa nya kita engage dengan ejen hartanah. Tapi boleh ke nak jual sendiri? Boleh je. Cuma nya kalau nak jual sendiri kena buat semua sendiri lah.

So camne nak jual rumah tu sendiri?

1 – Check harga pasaran

Firstly , kena check harga pasaran. Nak tau harga pasaran dengan betul boleh lah pergi jumpa kawan-kawan banker. Bagi alamat, jumlah bilik dan keluasan. Nanti dia bagi harga. Tak ada kawan banker? Pergi mudah.my. Tengok berapa harga orang lain jual. Jual lah harga tu jugak. Jangan bagi harga tinggi sangat atau murah sangat.

2 – Kemas kan rumah bagi cantik cantik

Sebelum jual, kemaskan dulu. Kalau rumah kusam, cat kan lah sikit. Lampu yang rosak betulkan sikit. Kalau luar rumah rumput banyak, pergi potong. Karang ular sawa buat 7 keturunan dia kat situ pulak.

3 – Ambil gambar cantik-cantik

Ini penting. Orang tengok firstly gambar. Ambil lah gambar cantik-cantik sikit. Simpan elok-elok

4 – Iklan kan.

Iklan ni banyak tempat. Pertama sekali boleh upload kat mudah.my. Kemudian boleh lah gi buat banner and then gantung depan rumah. Lepas tu boleh bagitau kawan kawan dan jiran jiran sebelah serta ahli kariah surau yang rumah tu nak di jual.

5 – Bawa Pembeli Tengok Rumah

Dah ada orang minat? Bawa lah tengok rumah. Explain sikit-sikit.

6 – Dah Setuju ? Jumpa lawyer

Buyer dah ok? Cari lawyer dan appoint lawyer. Pembayaran deposit semua melalui lawyer. Dari sini lawyer akan uruskan semua dari perjanjian sementara sampai last.

 

Ni kalau nak buat sendiri lah.

Tapi segala nya ada risiko dia sendiri. Of course boleh jimat charge ejen, TAPI :

1- Rumah korang nak jual tu di KL tapi korang duduk Melaka. Nak ulang alik tiap tiap minggu kan penat

2- Kadang-kadang, buyer ni macam-macam perangai. Ada nak tengok waktu working hours. Ada nak tengok weekend. Ada nak tengok malam. So korang kena lah entertain.

3- Kalau yang jenis tak menyempat ni, bila nya nak kemas rumah dan nak potong rumput. Or sapu lantai or mop lantai.

4- Nak tau pembeli layak atau tak beli. Ini masalah besar. Ramai actually tak reti sangat pun macam mana nak check kelayakan pembeli. Nanti dah setuju beli, dah bayar deposit, lepas 2,3 bulan tau-tau loan tak lepas. Sebab awal – awal tak check.

5-  Iklan kita terbatas. Ejen ada kawanan gerombolan ejen yang berkongsi listing rumah nak di jual. So kalau ejen tu tak ada buyer pun dia pass kan pada kawan dia untuk jual kan. And korang cuma boleh iklan pada mudah je, sedangkan ejen ada propertyguru, propwall, iproperty dan lain-lain lah.

So terpulang pada korang. Kalau nak pakai ejen pun boleh. Nak jual sendiri pun boleh.

About the Author: tajulrijalannuar89

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *